Sejujurnya, menjadi houseman pada zaman sekarang sangatlah mencabar. Dengan berkurangnya jumlah houseman yang mendaftar masuk ke hospital, maka semakin bertambahlah bebanan kerja yang perlu dipikul oleh setiap houseman.
Akibat terlalu sibuk bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam, susah untuk mencari masa untuk belajar. Disebabkan itu, kebanyakan houseman susah untuk dapatkan knowledge tambahan untuk diaplikasikan semasa bekerja di wad.
Bermula dari situ, saya nekad untuk membantu adik-adik houseman yang saya anggap macam adik saya sendiri. Melalui post-post saya di facebook, saya cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin tips & basic knowledge untuk survive di mana-mana medical ward.
Saya ada melihat logbook yang dimiliki oleh houseman. Betapa terkejutnya saya apabila melihat prosedur yang kami wajib buat ataupun sekadar assist sudah tidak lagi perlu dibuat oleh houseman. Disebabkan itu saya nekad untuk membuat satu panduan bagi houseman untuk belajar bagaimana melakukan semua prosedur medikal sebelum masuk ke posting medikal itu sendiri
Harapan saya agar semua pembaca khususnya adik-adik houseman akan mendapat manfaat daripada ebook yang saya terbitkan.
Semoga menjadi houseman berjaya!
Dr Hanif Arshad
Buy Now